Hamil 5 Minggu Keluar Darah Segar



Plasenta Previa Saat Hamil Berbahayakah Ibupedia

TINY ㋡ NA ㋛ SWEET

Assalamualaikum w.b.t ~ [ Dugaan - Keguguran ]

Di sini, ena nak kongsikan pengalaman ena yang mungkin boleh jadikan pengajaran kepada mommies to be. Bila ena ceritakan pengalaman ena kepada kawan-kawan, seriously mereka terkejut dengan apa yang jadi pada ena. Cerita ini mungkin dapat dijadikan iktibar.

PART 1 - KEGEMBIRAAN

  • Tarikh ena nikah pada 15/11/13. Usia perkahwinan kami ada dalam 3 bulan. Kitaran haid ena memang teratur dalam 30-35 hari.. Tapi lepas kahwin, 2 kali ena datang bulan dengan kitaran 28 hari berturut-turut. So, mudah ena nak tahu hari subur.. Last datang period pada 31/12/13. So, kami rancang untuk dapatkan zuriat.. Mungkin perubahan hormon orang berkahwin kan, bila lepas hari subur tu dalam sehari ena senggugut yang amat sangat. Try research dekat internet. Ikut kajian, itu tanda janin nak menjadi. Tapi pikir, eh? takla... tu tanda nak period. Dalam seminggu! tiba-tiba ena tak boleh bau perfume. Ena & husband tak boleh pakai perfume, confirm ena pening.. Pelik jugak, tak kan lah effect cepat sangat kan. Tapi dalam seminggu dua jela.. Masa tu pikir ala tak hamil kot.. perubahan hormon je tu...Sampailah masa tiba untuk period lagi... TAPI?? Period tak datang pada hari ke 36... Eh?? tapi takde muntah-muntah pon?? Takde simptom pape.. So delay lagi... Hari-hari tunggu period.. Sampailah terlupa tengok kalendar tengok-tengok dah 3 weeks... Tiba-tiba, pada tarikh 17/2/14 (Isnin) ada keluar tanda nak period (spotting).. Masa tu macam dah kecewa lah... Confirm esok period! TAPI tak jugak.. 

  • So decide dengan husband, jom pergi ke klinik kesihatan (Selasa). Ya ALLAH.. masa tu nervous tunggu result.. Kena cek UPT. Mata terkebil-kebil tengok "POSITIVE" Cakap dengan husband. 'Abang, fy dah ngandung'. Husband cakap tak. Eh dia ni memain pulak.. Positive mean mengandung lah kan.. Penat nak bertekak last-last pergi kat nurse tanya. Then, nurse sahkan ya "AWAK MENGANDUNG" (hatiku berbunga-bunga). Masa tu jangan tanyalah kenapa air mata berjurai-jurai kan.. Macam tak percaya je sebab takde tanda ena ni preggy.. Muntah-muntah memang takde.. So pikir dalam-dalam tenang-tenang.. adalah sikit tanda seperti bibir kering even kuat minum air mineral, sakit breast membengkak, kuat makan & bisa tulang belakang. Semua tu tak perasan maybe nampak terlalu remeh & sibuk dengan kerja. Petang terus buat buku merah di klinik berdekatan. Usia kandungan dah masuk 7 minggu.. Start ena period 31/12/13. so dikira hari pertama sampailah 17/2/14. 7 minggu??? eh dah lama dah.. tapi ikut betol-betul baby baru 4 minggu. Patut perut buncit semacam je.. hehehe...Sempat tanya nurse kenapa semalam saya ada keluar tompok coklat. Tapi nurse cakap itu normal sebab proses nak benamkan janin. Lega hati bila dengar. Bagitahu family semua tak percaya. Yelah cepat jugak ena mengandung. Mak mentua siap buat doa selamat hari tu jugak.

PART 2 - KESAKITAN BERMULA

  • Besoknya (Rabu) ena keje macam biasa tapi cuma yang tahu 3 orang je yang ena preggy. Yelah macam terlalu awal nak bagitahu bos kan. Pada hari tersebut ena memang aktif macam biasa lah buat kerja. Tiba-tiba dalam pukul 2 petang ena pergi toilet tengok ada lagi spotting. Tapi releks lagi.. Then, pukul 4 lebih ena tengok dah jadi warna pekat. Masa tu mula rasa tak sedap hati. Terus bagitahu officemate. Dia suruh pergi cek doktor. Call mak mentua pon cakap benda sama.. Tiba-tiba rasa sakit perut belah kiri. Masih releks-releks lagi tu buat keje slumber sampai pukul 6 petang.. Habis kerja, terus ajak husband pergi hospital. 
  • Masa di wad kecemasan, doktor try scan baby pada perut tapi takde pape pon kelihatan. Hati dah risau ni. Doktor tu panggil doktor yang lain pula... Scan lagi tapi tetap tak nampak. Doktor terus cakap awak kena tahan wad. Ishhh nervous gila bila tak dapat scan baby. Bila ena masuk wad, first doktor masuk 1 muncung itik dekat bawah. Masa tu memang rasa ngilu la.. Husband pon siap tengok sekali. Rupanya ada luka di bahagian serviks. Husband tengok lah doktor lap-lap luka tu. ish kalau ena confirm tak sanggup nak tengok.

  • Kemudian, doktor panggil masuk 1 bilik ni untuk scan baby melalui bawah.. Duhai, muncung itik tadi pon buat ena rasa ngilu ni kan lagi nak masuk benda lain. Memang redha jela.. Pikir nak tengok keadaan baby je... Lega hati bila dapat tengok kantung baby. Tiba-tiba doktor cakap tak nampak jantung.. masa tu memang ramai doktor pelatih.. diorang terus rasa lega "ala awal lagi ni, memang tak nampak lagi jantung" Hati rasa lega lagi sebab dah nampak kantung kan.. denyutan ada. Alhamdulillah. Doktor suruh datang lagi 3 minggu untuk tengok baby. malam tu ena dah start bleeding sikit tapi pikir sebab luka je.. so takde menganggu baby. Masa ni mak mentua je dapat datang tengok ena. Esok ena discharge. 

PART 3 - KESEDIHAN

  • Lepas keluar hospital (Khamis) kami terus balik ke pontian.. Sepanjang perjalanan dari Muar ke Pontian, perut ena bisa je.. Mungkin sebab luka pada serviks. Sampai rumah ena terus demam panas.. Mula lah sakit kepala, 2 3 pagi tak boleh tidur badan terlalu panas. Esok nya (Jumaat) ena dah mula bleeding sederhana tapi doktor cakap kalau darah dah banyak & ada keluar isi perut ikan, direct pergi hospital.. So, releks dulu la kat rumah.. Lusa (Sabtu) pada pukul 5 pagi ena mula rasa sengugut yang amat sangat. Peha belah kiri mula rasa kejang.. Pergi toilet tengok ada ketulan darah beku. Hati dah mula tak sedap, husband hantar pergi hospital. Ingat sampai pukul 6 pagi tu boleh lah cepat cek tapi tahu apa berlaku?? Selama 3 jam ena bertarung nyawa menahan kesakitan pada perut ni. Dia punya sakit memang first time rasa. Ngilu di bahagian bawah perut. Panggil nurse, boleh pulak tak dilayan.. Cakap doktor pukul 9 pagi baru ada. Hati dah menyirap-nyirap ni. EH.. Tunggu dah nazak ke baru nak panggil? Tak kan takde satu doktor pon? jawapan senang je cakap hari minggu. Eh tak kira lah hari biasa ke hari minggu ke takkan tak perlu standby??? Minta urine test, masa tu dah bercampur darah, minta lagi. ena dah takde kudrat nak bagi urine lagi. semua ada darah. Last-last dapat pon sikit itu pon cakap tak cukup. Duhai, dah tak mampu bagi dah. Lepastu salah kan kita pulak cakap bagi lambat urine, so lambatlah dapat result. APA PERASAAN KORANG BILA DAPAT JAWAPAN BODOH DARI NURSE????? Ya Allah, hanya Dia yang tahu perasaan ena dengan menahan sakit lagi.. REDHA dan TAWAKAL saje masa tu. Takpe dekat dunia engko lepas nurse... dekat akhirat engko jawablahya... Aku manusia teraniaya... 
  • Pukul 9 pagi doktor sampai terus tunjuk pad (nak tunjuk darah beku) kat doktor. Then, lega bila doktor cakap "uwhh takpe ni darah beku je, bukan isi perut ikan". maknanya baby selamat lagi.. Doktor pon scan perut.. Eh,, tak nampak pape pon.. Cakap dengan doktor, haritu scan bawah baru dapat tengok.. Then, doktor pon cek lah ikut bawah. Ya ALLAH .. terkejot bila doktor cakap "janin awak dah keluar la'h" terpinga-pinga kejap tanya lagi doktor, "apa yang keluar??". "anak awak" Perasaan ena terus je menangkap 1 kepala bukan kepalang rasa melayang fikiran pon terbang dah tak pikir doktor korek keluar semua isi. Fikir anak aku dah takde.. Bila tengok warna putih tu, baru tersedar. ena terus menangis, meraung entah apa lagi ena buat. Mama & mak terus tenangkan ena yang dah tak tentu arah. Dah tenang barulah dapat rasa sakit tu balik.. Mampu bergenang air mata tengok janin ena dalam 1 botol kecil.

PART 4 - SAKIT PERUT

  • Ena kena tahan wad.. Masa tu air mata tak henti-henti turun sampailah ke katil wad. Masuk pulak wad bersalin. Lagi parah tengok perut diorang yang dah besar-besar.. Ya ALLAH, rasa tak kuat je masa tu.
  • Pada pagi esoknya (Ahad) ena rasa sakit perut ngilu di bawah perut.. Bagitahu doktor, then doktor nak scan. Terkejut bila tengok ada uri tertinggal lagi. Ya ALLAH, apa lagi dugaan kali ni, patutlah sakit nya perut ni. Lepas doktor korek tu, doktor scan lagi. Doktor cakap ada lagi sikit je tapi yang sikit tu biar dia keluar sendiri, dalam 1 or 2 hari akan keluar darah beku.. Ena langsung takde cuci sebab nurse cakap ena jenis yang keluar sendiri. Korang tahu tak even tinggal sikit pon korang boleh bayang tak bisa dia macam mana? nak guling-guling kot.. Kena tahan wad lagi.. duhai memang tension lah.. Akak yang sama duduk dalam wad mula pelik kenapa doktor tak nak cuci perut ena? mahu diorang tak stress tengok ena asik pegang perut je... demam pulak menjadi-jadi.. doktor tahu cucuk ubat tahan sakit. Tangan dah bengkak macam-macam kena cucuk. Antibiotik lagi. 3 dalam 1 cucuk dekat tempat sama.. mane tak bengkak.. Esoknya (Isnin) ena tengok dah keluar darah beku. doktor scan tengok perut dah bersih. So ena discharge. 

MORAL OF STORY

  1. Kalau rasa period dah lewat tu cepat-cepat lah cek UPT. Jangan tunggu nak muntah bagai baru nak pergi cek. Kalau dah tahu awal, at least dapat jaga kandungan dengan lebih baik. Sepanjang mengandung ena takde morning sickness..
  2. Mungkin bagi sesetengah orang 'spotting' adalah normal semasa mengandung tapi tak semua badan kita adalah sama. Cepat-cepat pergi cek doktor ok. 
  3. Tidak terlampau aktif even korang rasa ok je ni. tak sakit. Sakit tu bukan terus datang. Lama-lama kumpul lepas tu jangan tanyalah kenapa sakit itu merana berhari-hari macam ena. 

PART 5 - BERPANTANG

  • Sampai rumah, semua terkejot takde cuci termasuk tukang urut.. Ena nak jawab apa kalau pihak hospital tak nak cuci kan. Ingat sampai rumah boleh releks? Hari-hari ena sakit perut. Tukang urut cek perut cakap perut ena ada lagi ni. Ambil langkah lain, minum jeli gamat & bertungku. Masa urut tu memang rasa ngilu la, perut mengeras.. 3 hari dalam hospital, badan mula la sakit penuh angin 1 badan.. Alhamdulillah, darah beku beransur keluar dan nak masuk 6 hari ena keguguran. cuma demam ni tak surut lagi. Orang kata kalau tak cuci, memang kita demam jela... hmmm... 2 kali sehari mandi air rebusan serai wangi untuk kurangkan demam panas ataupun sapu asam jawa di dahi. Doakan ena cepat sembuh ye. Alhamdulillah sampai sekarang ena masih kuat walaupun macam-macam dugaan ena tempuhi.

Gallery Hamil 5 Minggu Keluar Darah Segar

Keluar Flek Darah Menstruasi Atau Darah Implantasi

Patologi Choice Docx

Keluar Darah Saat Hamil Muda Ini Yang Harus Dilakukan

Miom Penyebab Keguguran Berulang Kumparan Com

Buah Anggur Untuk Ibu Hamil Saat Hamil Muda Amankah

Keluar Darah Saat Hamil Muda Cermati Lebih Jauh Penangannya

Istri Opick Meninggal Usai Melahirkan Inilah 7 Penyebab

Keluar Flek Cokelat Saat Hamil Muda Begini Cara Tepat

Ketahui Perkembangan Janin 8 Minggu 2 Bulan Dokter Sehat

Flek Coklat Pada Saat Kehamilan 5 Minggu Halaman 2

Cerita Cha Para Ibu Hamil Ini Keluhan Yang Biasanya Muncul

Aneka Penyebab Pendarahan Saat Hamil Trimester 2 Dan 3

Hamil 4 Minggu Keluar Darah Gumpalan Kegugurankah

Ngeflek Dan Sakit Perut Saat Hamil Muda Apakah Tanda Tanda

Cerita Cha Para Ibu Hamil Ini Keluhan Yang Biasanya Muncul

5 Tahap Awal Keguguran Yang Harus Diketahui Tiap Perempuan

Ambeien Saat Hamil 5 Bulan Cara Mengobati Sakit Ambeien

Setelah Melahirkan Berapa Lama Wanita Bisa Hamil Lagi

Flek Tanda Kehamilan Atau Menstruasi Apa Saja Perbedaannya

Beda Bercak Darah Haid Vs Flek Saat Hamil Muda

Kamar Unieq Telat Seminggu Dan Hasilnya Tetap 1 Strip

Ini Bahayanya Bagi Bayi Kalau Ibu Tidur Telentang Saat Hamil

Bahayakah Bab Berdarah Pada Ibu Hamil Bab Berdarah Tidak

Ketentuan Darah Yang Keluar Sebelum Atau Setelah Lima Belas

Muncul Flek Darah Saat Tidak Menstruasi Haruskah Khawatir

Tips Mengatasi Mual Muntah Saat Hamil Dokter Sehat

Kapan Janin Bisa Terlihat Usg

5 Penyebab Mual Muntah Saat Hamil Tua Popmama Com

Cerita Cha Para Ibu Hamil Ini Keluhan Yang Biasanya Muncul


Belum ada Komentar untuk "Hamil 5 Minggu Keluar Darah Segar"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel