Posisi Tidur Untuk Ibu Hamil



Ini Posisi Tidur Yang Dianjurkan Saat Hamil Tua Lifestyle

10 Tips & Posisi Tidur Ibu Hamil Agar Tidur Nyenyak & Selesa

“Susahnya nak tidur bila dah masuk trimester ketiga ni. Tidur sekejap terjaga sebab nak pergi tandas. Kalau tak sebab nak ke tandas pun terjaga sebab bayi bergerak sebab dia pun tak selesa! Tension betul. Esok nak kerja pula.”

Pasti perkara ini sering terjadi kepada para ibu yang sedang hamil. Lebih-lebih lagi kepada mereka yang sudah masuk trimester ketiga. Adakalanya suami pun naik bingung sampai tak tahu nak buat apa. Pusing ke kiri tak selesa, pusing ke kanan pula perut mengeras tiba-tiba. Perkara ini terjadi kerana bayi semakin membesar dan menjejaskan keselesaan anda ketika tidur. Ingat, keadaan ibu yang tenang semasa tidur yang selesa dan keselamatan bayi di dalam kandungan amat berhubungkait. Jadi, apakah tips yang selesa dan selamat untuk ibu dan bayi? Apakah cara tidur dan posisi yang terbaik?

Tak sabar nak pulang dari kerja jika ada bilik tidur begini

1. Tempat tidur yang selesa

Sebelum anda mencuba tips yang lain, pastikan tempat tidur anda berada di dalam keadaan yang bersih dan kemas. Tak mungkin kita nak tidur di katil yang bersepah dengan longgakan baju, bukan? Alihkan segala barang elektronik seperti telefon bimbit, televisyen atau jam jauh dari anda. Selain itu, anda juga boleh menyalakan minyak aroma terapi yang menenangkan fikiran. Antara minyak aroma yang sesuai adalah haruman lavendar.

Mandi di malam hari tidak bagus? Itu hanya mitos lama

2. Mandi atau berendam di dalam air panas sebelum tidur

Seperti  yang kita sedia maklum, sewaktu hamil kebanyakan ibu akan mengalami ‘kepanasan’ badan yang luar biasa. Kadang-kadang di dalam bilik yang berhawa dingin pun boleh berpeluh. ini akan menyebabkan ketidakselesaan untuk tidur. Apakata cuba tips ini. Berendam di dalam air panas atau jika tiada tab mandi, boleh juga mandi di bawah pancuran air panas. Mandi air panas dapat membuka liang roma sekaligus mengurangkan sengal dan sakit di bahagian kaki dan badan. Ianya pasti memudahkan anda tidur dengan nyenyak kelak.

Posisi mengiring ke kiri lebih baik untuk ibu hamil

3. Tidur dengan posisi mengiring 

Posisi mengiring adalah posisi terbaik untuk para ibu hamil lebih-lebih lagi kepada mereka yang mempunyai terlalu banyak air ketuban atau hamil anak kembar. Ibu hamil digalakkan untuk tidur mengiring ke kiri kerana darah akan mengalir ke fetus, uterus dan ginjal anda. Elakkan posisi tidur terlentang kerana ini akan menyebabkan tekanan kepada usus dan vena besar (vena cavar inferior) dan mengganggu peraliran darah kembali ke jantung anda. Sekiranya anda terjaga pada tengah malam dan mendapati anda sedang tidur di dalam posisi terlentang, usah bimbang. Ia tidak membahayakan bayi anda. Anda cuma perlu alih ke posisi mengiring mengikut keselesaan anda.

Tengok pun dah tahu betapa selesanya bantal ni kan?

4. Lebihkan bantal untuk sokongan

Mencari posisi yang sesuai semasa tidur memang menyukarkan bagi para ibu. Namun adakah anda tahu bantal yang baik dapat meningkatkan kualiti tidur anda? Cuba letakkan bantal di bawah perut ketika baring mengiring dan kepitkan bantal di celah peha untuk menyokong tulang belakang anda. Selain itu, meletakkan bantal di bahagian belakang juga dapat memberi keselesaan kepada para ibu. Jika anda mahu lebih selesa, anda mungkin boleh cuba tidur dengan bantal kehamilan yang direka khas untuk ibu hamil.

Leganya dapat berurut selepas pulang dari kerja

5. Berurut sebelum tidur

Setelah seharian bekerja, ketika inilah waktu yang sesuai untuk bermanja dengan pasangan anda. Minta pasangan anda untuk mengurut bahagian badan yang sakit seperti bahu, kaki dan tulang belakang. Lakukan urutan ini sekurang-kurangnya 10-15 minit sebelum tidur agar peraliran darah dapat mengalir dengan baik ke seluruh tubuh. Ingat, urutan kasih sayang ini bukan sahaja dapat melegakan pasangan anda malah dapat mempengaruhi emosi wanita hamil.

Tak selesanya pedih ulu hati ni

6. Elakkan makanan pedas dan berasid

Selalunya makan makanan pedas akan menyebabkan pedih ulu hati disebabkan kerana perubahan hormon dan fizikal dalam badan. Bayi yang semakin membesar memenuhi ruang abdomen dan menekan asid perut kembali ke esophagus menyebabkan rasa pedih di dada. Bagi mengelakkan rasa pedih ulu hati ini, elakkan makanan yang pedas dan berasid. Selain itu, kurangkan makan dalam kuantiti yang banyak dalam satu masa. Sebaliknya makanlah dalam kuantiti yang sedikit tetapi kerap.

Jangan lupa 10 gelas sehari ya!

7. Minum air yang banyak pada siang hari, kurangkan minum pada malam hari

Pasti anda tidak mahu terjaga dari tidur dan berulang-alik ke tandas untuk membuang air, bukan? Ini dapat dielakkan dengan mengurangkan minum air pada malam hari. Sebaliknya banyakkan minum air pada siang hari sahaja. Jika pundi kencing penuh, bayi pun akan mengeras. Pasti akan menganggu tidur malam anda.

Susu juga baik untuk tumbesaran bayi dalam kandungan

8. Minum susu panas atau coklat panas sebelum tidur

Tidak lalu makan semasa hamil bukanlah sesuatu yang aneh. Tidak mungkin kita mahu membiarkan perut kosong sehingga waktu tidur. Cuba minum susu panas atau jika anda tidak menggemari sus, boleh juga mencuba susu berperisa coklat sebelum tidur. Ia bukan sahaja mengeyangkan malah berkhasiat untuk ibu hamil.

Jangan malas nak senaman ya!

9. Lakukan senaman ringan ibu hamil

Sedikit senaman pernafasan sebelum tidur dapat membantu anda untuk relaks dan melegakan tekanan. Selain itu, anda juga boleh melakukan senaman ibu mengandung yang disyorkan. Senaman ini dapat menguatkan otot, membina ketahanan dan membantu anda tidur lena pada waktu malam. Namun harus diingatkan  jangan lakukan senaman terlalu aktif apabila hampir dengan waktu tidur kerana ia mungkin memberi kesan yang sebaliknya.

Hilang masalah dengar muzik

10. Dengar alunan muzik

Seperti yang diketahui mendengar muzik dapat mengurangkan tekanan kepada sesiapa sahaja. Untuk ibu hamil boleh memilih muzik yang yang bersesuaian dengan citarasa anda. Contohnya mendengar alunan muzik klasik yang menenangkan jiwa dan fikiran seperti Beethoven. Ada sesetengah wanita yang memilih untuk mendengar alunan surah pilihan khusus untuk ibu mengandung untuk membantu proses meditasi sebelum tidur.

agar ibu hamil tidur nyenyak, cara ibu hamil tidur nyenyak, doa tidur lena, foto posisi tidur ibu hamil, petua tidur lena, posisi ibu hamil tidur nyenyak, posisi tidur dalam islam, posisi tidur ibu hamil, posisi tidur ibu hamil 5 bulan, posisi tidur ibu hamil 6 bulan, posisi tidur ibu hamil 7 bulan, posisi tidur ibu hamil agar tidak songsang, posisi tidur ibu hamil muda, posisi tidur ibu hamil trimester kedua, posisi tidur ibu hamil trimester ketiga, posisi tidur ibu hamil trimester pertama, posisi tidur semasa hamil, posisi tidur semasa mengandung, posisi tidur suami isteri, posisi tidur yang betul, tidur lena, tidur lena ketika hamil, tidur yang lena, tips bayi tidur lena, tips ibu hamil tidur nyenyak, tips tidur lena, tips tidur lena ketika hamil, tips untuk tidur lena, ubat tidur lena

Gallery Posisi Tidur Untuk Ibu Hamil

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Baik Perlu Diketahui Sejak Dini

Posisi Tidur Yang Baik Untuk Bumil Miring Kanan Atau Kiri

Lebih Baik Mana Tidur Miring Kiri Atau Kanan Saat Hamil

Moms Ini Posisi Tidur Terbaik Saat Hamil 9 Bulan

Awas Ibu Hamil Jangan Sering Tidur Miring Ke Kanan

Posisi Tidur Yang Baik Untuk Ibu Hamil Muda Tips Untuk

Di Ujung Islam Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Dianjurkan

5 Posisi Tidur Yang Baik Dan Berbahaya Bagi Ibu Hamil

Seperti Apa Posisi Tidur Yang Tepat Bagi Ibu Hamil Bayi

Posisi Tidur Ibu Hamil Yang Paling Baik Dan Bisa Buat Nyenyak

Posisi Tidur Yang Aman Untuk Ibu Hamil Mamapapa Id

3 Posisi Tidur Aman Bagi Ibu Hamil Mulai Dari Trimester

Posisi Tidur Ibu Hamil Di Kehamilan Trimester Kedua Agar

Ibu Hamil Cobalah Tidur Miring Ke Kiri

Cara Yang Dilakukan Ibu Hamil Agar Tidak Mengalami Kesulitan

Ingin Tidur Nyaman Coba Posisi Tidur Yang Baik Untuk Ibu

Ini Alasan Mengapa Wanita Hamil Sebaiknya Tidak Tidur Dalam

Ini Posisi Tidur Yang Nyaman Untuk Ibu Hamil Sesuai

Inilah Posisi Tidur Paling Aman Untuk Ibu Hamil Sesuai

Posisi Tidur Nyaman Dan Aman Untuk Ibu Hamil Parenting

Tidur Miring Ke Kiri Disarankan Untuk Ibu Hamil Nakita

Inilah Posisi Tidur Terbaik Dan Terburuk Untuk Wanita Selama

Tips Tepat Bagi Ibu Hamil 4 Bulan Agar Tidur Nyenyak Di

Posisi Tidur Terbaik Untuk Ibu Hamil Merdeka Com

Penelitian Ibu Hamil Tidur Terlentang Memiliki Risiko Bayi

Posisi Tidur Ibu Hamil 8 Bulan Yang Disarankan Dokter Apa

Posisi Tidur Yang Baik Untuk Ibu Hamil Menurut Dokter Youtube

Posisi Tidur Saat Hamil Yang Aman Bagi Kandungan Www


Belum ada Komentar untuk "Posisi Tidur Untuk Ibu Hamil"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel