Sakit Pundak Dan Leher Sebelah Kiri
99 Arti Kedutan Leher Belakang Sebelah Kanan Menurut
Sakit Bahu, Leher dan Belakang: Pengalaman Saya dan Fisioterapi
Dah lama nak buat entri pasal sakit ni. Sakit yang membelenggu saya sejak sekian lama. Hari ni mudah-mudahan siap entri ini ditulis.
Saya menghidap atau menderita sakit ini seingat saya sejak tahun 2002. Masa tu masih di matriks. Entah apa puncanya saya tak pasti, apa yang saya sedar saya tak boleh pegang handphone lama-lama mesti tangan saya lenguh. Masa tu hanya tangan kiri saja. Saya pernah berurut tradisional dan sapu minyak, dah macam-macam jenis minyak la saya sapu. Dah pergi klinik, masa tu klinik universiti la. Doc tanya saya minum susu tak, exercise tak, kebetulan masa tu memang saya jogging hampir setiap hari dan saya memang suka minum susu pun. Doc sarankan saya ambil B-Complex, tapi tak pulak klinik bekalkan. Saya ni pun naif sangat tak pandai mintak. Saya pergi farmasi dan jurujual sarankan saya satu jenama yang pada masa tu saya rasa sangatlah mahal. Bayangkan sebotol ada 30biji sahaja dan kena makan 2 biji sehari. Kalau kira-kira balik, B-Complex Shaklee jauh lebih murah. Memang saya rasa perubahannya, tapi saya tak boleh nak maintain, saya hanya pelajar dengan pinjaman PTPTN masa tu.
Tanpa saya ambil kisah, sakit itu berlarutan dan saya terasa sangat kesannya selepas bersalinkan Sofiy anak sulung saya. (Macamla dah ada anak kedua ketiga.hehe). Menyusu kan anak waktu malam, dan sentiasa dukung anak buat keadaan tambah teruk agaknya. Saya tak larat nak dukung dia lama-lama, lenguh sangat tangan ni. Dah la saya jenis dukung budak belah kiri. Badan Sofiy masa tu pulak memanglah gebu hasil susu ibu. Mahu tak mahu saya terpaksa pakai baby carrier walaupun dia dah semakin besar dan tak berapa nak muat dah dalam carrier tu. Bila dah pakai carrier, pinggang dan belakang pulak sakit. Sofiy boleh je berjalan tegap, terus saya heret dia jalan kaki je ke kedai. Orang yang tengok pakat dok kagum dengan anak saya sebab umur setahun lebih dah jalan hampir 1km. Masa tu saya ada jugak ke klinik universiti (maklumlah tak habis-habis belajar), doc cuma suruh gerakkan tangan ikut arahan dia, bila pergerakan saya semua ok takde yang terhad..doc cuma bagi suplemen je..dan semestinya B-Complex lagi. Lepas tu doc tanya juga pasal senaman, katanya saya kena buat senaman secara rutin. Masa tu anak kecik lagi memang susah sikit nak buat senaman secara regular. Ada juga saya buat, tapi lebih banyak Sofiy mengacau, naik atas perut la naik atas belakang la.
Dah tak mendukung anak, kurang sikit rasa sakit jadi saya abaikan lagi. Tapi sakit ni makin lama makin tak terkawal. Tambah pulak bila saya mengadap komputer lama, kena pulak menaip atau banyak pegang mouse. Sampai satu tahap tangan saya kebas dan mouse pun saya tak dapat pegang betul-betul. Tangan yang sakit pun bukan kiri je tapi dah sekejap kanan sekejap kiri. Bangun pagi memang sakit sangat, kadang-kadang bahu macam cramp..kena buat regangan sikit...pastu dah bunyi 'keletup' baru la rasa lega. Sofiy pun dah faham kalau umi tak boleh mengiring mengadap dia waktu tido, sebab saya dah tak boleh mengiring di sebelah yang sakit. Lenguh tu memang boleh dikatakan sentiasa. Sakitnya bahu dan leher ni bawak sampai ke belakang badan malah sampai ke mata!
Tak tahan lagi, tahun 2013 ni saya ke klinik dan kali ni klinik kesihatan. Masa check tu sama jugakla..doc kata biasa je, akibat aktiviti harian kita. Tapi berkali-kali saya kata tangan saya lenguh dan kebas. Doc balas, kalau kebas tu sekali-sekala tak apa. Mana boleh tak apa? Terganggu aktiviti dan mood saya juga sering terganggu akibat sakit. Boleh dikatakan saya ni dah jadi peminat tegar Ammeltz Yoko-yoko dan Salonpas tau. Kemana pergi mesti ada dua benda tu. Kadang-kadang kalau sakit sangat dan saya ada aktiviti yang penting misalnya conference atau kena buat pembentangan, saya akan telan ponstan supaya saya dapat fokus. Tak ke tu dikira kritikal? Doc kata dia bagi saya ubat tahan sakit dan B-Complex. Lepas doc tengok saya macam taknak bangun je daripada kerusi, dia pun bagi saya sehelai pamphlet yang menunjukkan cara-cara buat regangan badan dan cara-cara aktiviti harian dilakukan contohnya cara angkat barang, cara duduk, cara gosok baju. Saya takmau bangun jugak. Barulah doc tu tanya, nak saya refer awak pada fisioterapist? Saya nak je la, asalkan ada rawatan untuk saya. Saya tahu B-Complex memang bagus sangat untuk saraf. Tapi, untuk kes saya yang dah makan tahun ni...saya sebagai pengedar suplemen pun masih memerlukan rawatan lain. Alhamdulillah akhirnya kedegilan saya membawa saya kepada sesi fisioterapi.
Inilah basikal tangan, salah satu peralatan waktu rawatan fisioterapi saya
Masa sesi pertama tu memang buat senaman simple je, lepas tu fisio letak ais dan alat getaran pada bahu dan leher. Kemudian dia tekan-tekan sikit lepas tu siap. Sesi saya awal pagi. Bila naik petang saya rasa makin sakit, rasa macam nak demam, nak muntah semua ada. Saya SMS semula fisio tu. Dia kata itu memang kesan awal selepas buat fisio. Kiranya macam healing crisis la. Tapi dia tak bagi saya makan ubat tahan sakit (painkiller) yang doktor bekalkan. Dia juga tak bagi saya sapu minyak atau yoko-yoko. Dia cuma suruh saya tuam dengan ais. Mujurlah ada lagi icepack yang guna untuk coolerbag masa pam susu Sofiy dulu. Lepas tuam tu memang rasa kurang. Kata fisio tu, bila sakit jangan sapu minyak panas nanti lagi berdenyut. Kalau nak icepack yang lebih comfort, ada jual di kedai-kedai Cosway. Tak mahal pun.
Beli Set Sendi Di Sini ^
Atau, anda juga boleh dapatkan Set Sendi ini daripada kami dengan menghubungi kami melalui salah satu medium di bawah:
MAIA (Shaklee ID 918631)
SMS / WHATSAPP: 012 3302067
EMEL: minaina_ilaaina@yahoo.com
*MAIA merupakan pengedar Shaklee yang sah dan menerima pembelian secara Cash on Delivery (COD) atau Self Pickup di kawasan Bandar Seri Putra, Bandar Bukit Mahkota, Bangi Lama, KUIS, UKM dan Bandar Baru Bangi. Caj penghantaran akan dikenakan bergantung pada jarak kawasan. Penghantaran melalui pos boleh dibuat ke seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak.
Gallery Sakit Pundak Dan Leher Sebelah Kiri
99 Arti Kedutan Leher Atas Menurut Primbon Dan Pandangan
Sakit Pundak Dan Leher Sebelah Kanan I 601132199607
Dislokasi Bahu Gejala Penyebab Dan Mengobati Alodokter
Cara Sederhana Mengatasi Sakit Leher Belakang Alodokter
Sakit Kepala Sebelah Kanan Hingga Leher Ini Penyebabnya
Sering Pegal Di Leher Ini 8 Hal Yang Bisa Jadi Penyebabnya
Sakit Kepala Sebelah Kiri Ternyata Disebabkan Kondisi Ini
Cuba 6 Petua Ini Untuk Kurangkan Sakit Leher Free Malaysia
12 Pose Yoga Untuk Mengatasi Sakit Pundak Dan Leher Bagian 1
Inilah 5 Penyebab Munculnya Benjolan Di Leher Sebelah Kanan
Berbagai Penyebab Sakit Pundak Dan Cara Mengatasinya Alodokter
82 Arti Kedutan Leher Kiri Bawah Menurut Primbon Islam Dan
Nyeri Di Bagian Bahu Dan Leher Serta Cara Menyembuhkannya
Nyeri Dada Yang Menjalar Di Malam Hari
Cara Mengatasi Sakit Leher Dan Pundak Kaku
Penyebab Nyeri Leher Dan Pundak Serta Cara Meredakannya
4 Bahan Alami Untuk Mengatasi Leher Kaku Beauty Fimela Com
Leher Kaku Apakah Termasuk Kondisi Serius Alodokter
Lakukan Ini Bila Leher Sakit Saat Bangun Tidur
81 Arti Tanda Kedutan Di Leher Kiri Menurut Primbon Jam
99 Arti Kedutan Leher Depan Kanan Menurut Primbon Dan Dalam
Sakit Punggung Sebelah Kanan Atas 5 Hal Ini Mungkin Penyebabnya
93 Arti Kedutan Pada Leher Kiri Menurut Primbon Jam Dan
6 Cara Atasi Leher Sakit Dan Kaku
Belum ada Komentar untuk "Sakit Pundak Dan Leher Sebelah Kiri"
Posting Komentar