Keluar Lendir Seperti Ingus Apakah Tanda Akan Melahirkan
Waspadai 4 Cairan Vagina Ini Saat Hamil Health Liputan6 Com
10 Tanda Hampir Bersalin Yang Pasti. Ini Bukan ‘False Alarm’! – Zuriat

Menurut sumber, hanya 5% bayi yang lahir pada tarikh due date yang diramal oleh doktor. Biasanya kehamilan akan mencapai usia antara 38 ke 42 minggu. Rasa sakit sejak-sejak ini makin kerap pula. Buat ibu yang pertama kali mengandung, tentu tertanya-tanya apa agaknya tanda bersalin yang patut mereka tahu agar sempat ke hospital.
Ada beberapa cara untuk kita tahu bila saatnya kita akan bersalin dan bukannya sekadar ‘false alarm’. Berikut disenaraikan beberapa tanda bersalin awal dan tanda bersalin yang semakin hampir.
Berikut adalah beberapa tanda bersalin awal sebagai persiapan ibu mengandung dan bakal ayah.
1. Rasa Seperti Kandungan ‘Jatuh’
Sejak-sejak ini rasa seperti bayi ke bawah sedikit daripada posisi biasa. Perkara ini biasa berlaku pada hujung waktu kehamilan. Perkara ini boleh berlaku antara 2 ke 4 minggu sebelum kelahiran. Hal ini berlaku kerana kepala bayi yang semakin jatuh ke pelvis.
Anda juga akan rasa tidak selesa pada bahagian ari-ari dan rasa lebih kerap ingin membuang air akibat posisi bayi yang semakin jatuh.
2. Lebih Kerap Sakit Belakang & Kekejangan
Ibu mengandung yang sudah mencapai trimester ketiga lebih mudah berasa sakit belakang terutamanya di bahagian pinggang. Pada waktu ini, ibu mengadung juga lebih mudah berasa kejang pada bahagian rahim seakan kontraksi. Namun begitu, kekejangan ini berkala dan sakit tahap sederhana.
Kekejangan ini tidak sama dengan kontraksi saat hampir melahirkan yang jauh lebih sakit dan berlaku lebih lama.
3. Sendi Terasa Longgar
Semakin kita menghampiri saat untuk bersalin, badan akan merembeskan hormon ‘relaxin’ yang bertindak untuk menenangkan ligamen dan seterusnya membuatkan semua sendi berasa lebih longgar daripada biasa.
Tindakbalas ini berlaku kerana persediaan badan untuk memberi ruang pada bayi untuk keluar daripada rahim dengan melonggarkan sendi pada pelvis.
4. Kerap Buang Air Besar
Hormon yang dirembeskan untuk membantu kelahiran turut memberi kesan kepada pergerakan sistem perkumuhan. Hasilnya, kita lebih kerap ke tandas dan boleh mencapai tahap cirit-birit.
Semasa hendak bersalin juga kita akan rasa ingin membuang. Elakkan perkara ini dengan minum lebih air.
5. Berat Badan Menurun
Dengan segala persiapan untuk bersalin dan kekerapan ke tandas,berat badan mungkin turun sedikit atau anda mula berhenti naik berat badan. Berat badan juga boleh turun kerana perubahan hormon pada badan.
Hal ini tidak perlu dirisaukan kerana walaupun anda sudah kekurangan sedikit berat badan, bayi yang dikandungkan tidak akan terkesan atau kekurangan berat.
Berikut pula adalah beberapa tanda bersalin yang lebih serius dan menandakan anda perlu ke hospital dengan segera.
1. Keluar Lendir Dari Vagina
Beberapa minggu sebelum melahirkan anak, kita akan perasan yang lendir lebih kerap keluar berbanding biasa. Lendir pekat yang keluar berwarna merah jambu atau coklat berserta darah adalah cecair yang menutup permukaan laluan keluarnya bayi.
Apabila cecair ini keluar, itu tandanya waktu kelahiran hampir tiba.
2. Rasa Cramp Yang Semakin Kuat Dan Kerap
Tanda ini adalah yang paling ketara menandakan kita semakin hampir untuk melahirkan. Kekejangan ini tidak boleh dihapuskan dengan mengubah posisi atau mengurut. Kekejangan ini juga bersifat lebih kerap dan lama serta lebih sakit. Kekejangan ini jauh lebih perit daripada kekejangan ‘Braxton Hicks’ yang dialami pada trimester ketiga.
Kesakitan ini bermula pada pinggang dan mula merebak ke bahagian bawah abdomen dan ke kaki. Pada mulanya kekejangan ini berlaku selang beberapa minit dan masih boleh tahan lagi. Lama kelamaan, kontraksi ini mencapai satu corak yang tetap iaitu kontraksi dalam setiap lima minit dan setiap kontraksi berlarutan sehingga seminit. Keadaan ini sangat memeritkan, tetapi adalah petanda baik yang kita akan berjumpa cahaya mata kita tidak lama lagi.
3. Badan Menggigil
Semakin hampir tempoh melahirkan, badan akan mula menggigil walaupun tidak sejuk. Perkara ini juga boleh berlaku semasa melahirkan anak. Tidak perlu risau kerana hal ini ialah cara badan melepaskan tekanan. Perkara ini mungkin juga boleh terjadi kerana terlalu gementar.
Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan aktiviti menenangkan seperti urutan lembut.
4. Air Ketuban Mula Keluar
Air ketuban yang melindungi kandungan mula keluar tidak akan keluar banyak secara ‘dramatik’ seperti apa yang kita tonton di televisyen. Malah, ia akan keluar seperti bocoran sahaja.
Sementara sampai ke hospital, pakai tuala wanita untuk menahan bocoran. Tetapi, jika air ketuban keluar banyak, segera ke hospital kerana waktu beranak sudah sangat hampir.
5. Serviks Mula Terbuka
Sebagai persediaan untuk menyambut bayi, badan akan bertindakbalas dengan membuka laluan bayi. Dinding serviks akan mula menipis dan terbuka sedikit. Doktor akan membuat pemeriksaan pembukaan serviks sebagai langkah berjaga-jaga.
Namun begitu, serviks tidak akan terbuka serta merta melainkan waktu kelahiran sudah begitu dekat.
Ibu Hamil Perlu Peka
Ibu yang mengandungkan anak pertama pasti sukar untuk mengagak waktu untuk bersalin. Doktor akan menyarankan untuk segera ke hospital jika kontraksi kuat berlaku setiap lima minit.
Selain itu, segera ke hospital jika terdapat pendarahan atau air berwarna kehijauan atau coklat keluar. ibu mengandung juga perlu peka sekiranya mengalami simptom aneh seperti pening kepala, penglihatan kabur dan badan bengkak air yang merupakan petanda pre-eklampsia.
Gallery Keluar Lendir Seperti Ingus Apakah Tanda Akan Melahirkan
Mengapa Menjelang Persalinan Keputihan Mulai Muncul
Penting Ternyata Warna Dan Bentuk Cairan Keputihan Ada
Cara Mengeluarkan Lendir Pada Bayi Dengan 5 Cara Mudah
8 Tanda Melahirkan Sudah Dekat Halaman All Kompasiana Com
Masih Perawan Tapi Sering Keputihan
8 Tanda Tanda Melahirkan Yang Wajib Dipahami Calon Ibu Agar
Mengenal Macam Macam Warna Ingus Serta Dampaknya Untuk
3 Tanda Persalinan Sudah Dekat
7 Cara Mengeluarkan Lendir Bayi Semua Halaman Nakita
Siap Siap Ibu Ini 10 Tanda Akan Melahirkan Dalam Waktu
Gejala Sinusitis Awasi Jika Napas Mulai Tak Sedap Semua
Keluar Lendir Seperti Putih Telur Apakah Tanda Hamil Benar
Keluar Lendir Merah Muda Selama Kehamilan Bramardianto Com
5 Cara Mengobati Keputihan Yang Berlebihan Secara Cepat
Fakta Seputar Ibu Hamil Tanda Tanda Persalinan Semakin Dekat
10 Tanda Moms Akan Melahirkan Dalam Waktu Dekat
5 Langkah Pijat Bayi Untuk Redakan Pilek
Kenali Tanda Tanda Masa Subur Perempuan Yang Memungkinkan
Apa Yang Terjadi Selama Persalinan Mommy Sammy
Cara Membedakan Flu Biasa Dan Sinusitis Hello Sehat
Mengapa Menjelang Persalinan Keputihan Mulai Muncul
Kenapa Vagina Keluar Lendir Berlebihan Setelah Berhubungan
3 Tanda Persalinan Sudah Dekat
Risiko Jika Hamil 7 Bulan Mengeluarkan Cairan Ketuban
Belum ada Komentar untuk "Keluar Lendir Seperti Ingus Apakah Tanda Akan Melahirkan"
Posting Komentar