Hamil 40 Minggu Belum Ada Tanda Melahirkan



Terbukti Ini Dia 6 Usaha Ampuh Agar Bayi Cepat Lahir

Hamil 40 minggu hingga bersalin

In this article

Bayi anda masih membesar walaupun ruang semakin sempit. Rambut dan kukunya juga semakin panjang.


Bawa sepasang sarung tangan bayi dalam beg hospital anda. Si kecil mungkin lahir dengan kuku yang agak panjang. Kuku bayi sepatutnya tidak dipotong terlalu awal. Sarung tangan akan menghindarkan tangan-tangan kecilnya daripada mencalarkan kulitnya sendiri.



Sukar untuk menjangkakan saiz bayi anda sewaktu dilahirkan. Walau bagaimanapun, secara puratanya berat bayi yang baru lahir di Malaysia adalah kira-kira 3.3kg (7.3lb).



Tulang tengkorak bayi masih belum bercantum, membolehkan tulang-tulang itu bertindih sedikit sewaktu bayi bergerak melalui salur lahir semasa pelahiran. Ini dikenali sebagai pengacuan atau moulding, dan ia menyebabkan kepala bayi yang dilahirkan secara normal berbentuk seperti kon. Yakinlah bahawa ianya normal dan bersifat sementara. Bayi anda akan mempunyai bahagian lembut di atas kepalanya (ubun-ubun) sekurang-kurangnya sehingga berumur setahun.


Setelah berbulan-bulan menanti namun masih hamil meskipun telah melewati tarikh jangkaan bersalin, adalah agak mengecewakan, namun ini perkara biasa. Jika anda semakin tidak sabar, ingatlah tarikh itu cuma jangkaan sahaja. Pada minggu ke-40, doktor belum menganggap anda seminggu terlajak hari. Sesetengah bakal ibu mengalami situasi dikenali sebagai kehamilan berpanjangan, yang berlanjutan melebihi 42 minggu. Doktor akan memantau sepanjang beberapa hari terakhir ini. Anda sepatutnya mempunyai janji temu pranatal setiap minggu. Bagi kehamilan yang tiada masalah, doktor akan menawarkan pencetus kelahiran selepas 41 minggu. Adakah rakan dan keluarga menghubungi anda setiap hari untuk mengetahui keadaan anda? Jika rasa tertekan, maklumkan bahawa anda akan menghubungi mereka apabila bayi anda betul-betul akan dilahirkan dan bukan sebelumnya! Atau maklumkan kepada mereka selepas bayi dilahirkan melalui pengumuman kelahiran BabyCenter.


Pastikan perkara-perkara penting telah siap sedia apabila anda mula sakit untuk melahirkan. Syiling untuk bayaran tempat letak kereta, telefon dan kamera yang dicas sepenuhnya dan kereta telah diisi petrol secukupnya.

Jika masih punya waktu dan tenaga, nikmatilah saat-saat akhir ini dan bergembiralah dengan suami. Ianya mungkin sukar dilakukan selepas bayi lahir.


Pada peringkat ini, anda mungkin sukar tidur. Jika sukar berehat dan tidur pada waktu malam, cuba tidur dengan bantal-bantal yang banyak atau di kerusi yang selesa.



Anda juga boleh tidur seketika pada waktu siang. Berehat sambil mendengar muzik yang menenangkan. Tidur baik untuk anda dan membantu menyimpan tenaga untuk proses bersalin. Usah risau jika sekarang anda tidak mendapat tidur yang lena pada waktu malam. Mata mungkin terasa seakan-akan berpasir, tetapi bayi anda tidak mendapat kesan daripada itu.

Di sini terdapat banyak cadangan untuk anda melalui hari-hari terakhir kehamilan:

Tidak lama lagi anda akan mencium dan memeluk, menukar lampin dan memandikan bayi anda.
"Saya dijangka akan melalui proses pencetus kelahiran selepas 14 hari daripada tarikh kandungan cukup bulan. Sewaktu menunggu tarikh itu, saya mula sakit. Saya bersalin tanpa masalah, cepat dan secara semula jadi. Saya gembira kerana telah memilih untuk melewatkan cetusan."
Rachel


Baca dan kongsikan tip anda di BabyCenter Birth Club! Daftar percuma dan berbuallah dengan ibu-ibu yang bakal bersalin dalam bulan yang sama dengan anda.


Would you like to read the English version?

Gallery Hamil 40 Minggu Belum Ada Tanda Melahirkan

Penyebab Bayi Lahir Melebihi Hpl Janethes

Penyebab Bayi Tak Kunjung Lahir Dokter Sehat

Persiapan Masa Persalinan

4 Cara Alami Merangsang Kontraksi Kehamilan

Bunda Sudah Hamil Tua Baca Dulu Tips Kehamilan 40 Minggu

Kiat Menambah Bukaan Saat Melahirkan Mommies Daily

Tuhan Menjawab Semua Do A The Urban Mama

Hamil 40 Minggu Belum Lahiran Cerita Perjuangan Nabila

Prosedur Induksi Untuk Mempercepat Persalinan Alodokter

Bayi Lahir Normal Dengan 1 Lilitan Tali Pusar Kumparan Com

Cara Alami Untuk Meng Induksi Persalinan Bidan Kita

Hamil 9 Bulan Bayi Anda Lahir Ke Dunia Alodokter

Tanda Dan Gejala Yang Dirasakan Saat Akan Melahirkan

Tanda Kontraksi Palsu Di Kehamilan Trimester Ketiga Jihan

Tips Agar Persalinan Maju Dari Hpl Mom Sharing

Pengalaman Melahirkan Normal Induksi Rsia Vitalaya Pamulang

Update Kehamilan 39 Minggu Yang Belum Ada Tanda Tanda Akan

Tanda Tanda Persalinan Yang Calon Ibu Perlu Tahu Ibupedia

Apa Saja Tanda Mau Melahirkan Yang Umum Pada Wanita Ibupedia

Sudah Lewat Hpl Tapi Belum Ada Tanda Melahirkan

Tips Perkembangan Usia Kehamilan 40 Minggu Jurnal Keluarga

Hamil 40 Minggu Bagaimana Bila Mom Tidak Kunjung Melahirkan

Anak Pertama Cenderung Telat Lahir Sabar Sabar Saja Ya Bu

Hamil 40 Minggu Dan 20 Hal Yang Sering Ditanyakan Dirasakan

Induksi Alami Yang Mudah Dan Aman Untuk Wanita Hamil Tanpa

Masa Persalinan Novikdoraemond

Birth Story Cerita Kelahiran Qonita Raysa Andariz


Belum ada Komentar untuk "Hamil 40 Minggu Belum Ada Tanda Melahirkan"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel