Vitamin Untuk Menambah Berat Badan



Cara Menambah Berat Badan Anak Archives Madu Antariksa

5 Tips Cepat Dan Berkesan Untuk Tambah Berat Badan

Kebanyakan mereka yang saya menghubungi saya sering meminta nasihat tentang bagaimana cara untuk mengurangkan berat badan.

Namun begitu, ada juga beberapa pelanggan yang berhubung dan merungut kerana tak banyak informasi berkenaan tips untuk tambah berat badan atau ‘how to gain weight’. Jangan tak tahu, terlalu kurus juga tidak sihat dan akan mendedahkan kita kepada sindrom aneroksia. 

Masalah kurang berat badan juga akan menyebabkan seseorang itu stress dan berasa rendah diri dengan keadaan sekeliling.Ramai orang diluar sana berpendapat untuk menaikkan berat badan dengan cepat haruslah makan ais krim, pasta, roti, burger keju dan donat.

Itu adalah salah satu cara untuk menambah berat badan tetapi ia bukanlah cara yang terbaik dan menyihatkan.

5 TIPS DIET UNTUK TAMBAH BERAT BADAN 

Di sini saya ingin berkongsi LIMA TIPS CEPAT DAN HEBAT untuk mendapatkan berat badan idaman.

1. Jangan biarkan perut anda kosong tanpa makanan melebihi empat jam.

Badan kita memerlukan bekalan tenaga yang berterusan kerana ia berfungsi seperti enjin yang sentiasa dihidupkan kerana jantung sentiasa berdenyut, darah sentiasa beredar, otak dan otot juga sentiasa bekerja.

Apabila kita melangkau waktu makan tanpa mengikut jadual, kita sebenarnya telah mengganggu sistem tubuh yang seperti juga enjin yang memerlukan bahan api untuk terus beroperasi. Hasilnya ialah keperluan tenaga terjejas termasuklah jisim otot.

Kaedah terbaik untuk mengelakkan badan daripada kehilangan tisu-tisu yang penting adalah untuk makan secara tetap, jarak kira-kira dalam 3 ke 5 jam. Makanlah dengan konsisten kerana konsistensi adalah kunci utama.

2. Makan beberapa makanan sekaligus.

Kita perlu mensasarkan sekurang-kurangnya tiga kumpulan makanan. Bukan sekadar sebiji pisang atau segenggam kacang. Tambahkan dengan beberapa keping roti bakar bersama dengan mentega. Sebagai pelengkap, segelas susu organik tanpa lemak atau segelas soya.

Pengambilan pelbagai variasi makanan akan meluaskan lagi spektrum nutrien untuk tubuh yang bekerja sepanjang hari.

3. Makan dengan sihat dan ambil makanan padat dengan khasiat.

Cara terbaik untuk memaksimum pengambilan nutrien tanpa perlu makan secara berlebihan adalah dengan memilih makanan yang kaya dengan nutrien seperti karbohidrat, protein dan lemak dalam hidangan yang kecil.

Buah-buahan kering adalah contoh yang baik. Dengan air yang diserap keluar, jadi secawan anggur bertukar menjadi suku cawan kismis. Hanya pastikan mengambil buah-buahan kering tanpa gula tambahan atau pengawet. Lebih berkhasiat dan padat dengan nutrien yang diperlukan tubuh.

4. ‘Minum’ makanan anda.

Cecair tubuh sebenarnya tidak diganti dengan mudah seperti makanan pepejal. Jadi apabila anda cuba untuk menaikkan berat badan, cecair boleh ditambah dengan minum sebagaimana biasa kerana ianya takkan membuatkan anda berasa sendat atau kembung perut.

Pilihan terbaik termasuklah jus buah-buahan segar, susu organik atau soya dan smoothie. Smoothie adalah ideal kerana anda boleh mengambilnya dengan pelbagai makanan seperti gandum, mentega kacang, jus lobak merah dan serbuk protein.

5. Makan tepat sebelum tidur.

Pada kebiasaannya, banyak proses penyembuhan, pembaikan dan pertumbuhan semula (regenaration) oleh tubuh berlaku semasa kita tidur. Ia adalah waktu yang sibuk untuk tubuh membina otot dan tisu.

Justeru, makanlah snek yang sihat sebelum tidur untuk memastikan nutrien mencukupi bagi tubuh untuk menjalankan tugas.

Paling bagus mungkin anda boleh makan semangkuk kecil pasta salad yang dibuat dengan minyak zaitun extra-virgin, sayuran yang dicincang dan protein tanpa lemak seperti kacang, dada ayam atau keju organik.

Tambah Berat Badan Dengan Set Weight Gain Shaklee

Kenapa anda perlu mengambil supplemen Set Weight Gain Shaklee ini? Sebenarnya kita memerlukan disiplin dan keazaman diri yang tinggi bagi memastikan tubuh mendapat cukup nutrien yang diperlukan dalam usaha kita menambah berat badan.

Namun, rutin harian kita yang sibuk kadang-kadang menyebabkan keperluan tubuh terganggu dan kita mengambil makanan dalam keadaan masa yang tidak menentu.

Set Weight Gain Shaklee ini diatur khas untuk bagi anda yang sibuk atau sukar untuk mengikut jadual pemakanan yang teratur.

Setiap supplemen yang dicadangkan ini mempunyai fungsinya tersendiri seperti tips yang dibincangkan di atas.

Namun, perlu diingat, supplemen bukanlah pengganti kepada makanan anda. Anda tetap perlu makan seperti biasa, supplemen bertindak sebagai ‘booster’ untuk mempercepatkan hasil yang anda idamkan.

Paling mustahak. Setiap supplement Shaklee adalah semulajadi, selamat dan berkesan!

Jadi tunggu apa lagi? Order sekarang. Hanya satu klik sahaja lagi.

Panduan MUDAH Untuk Pelanggan Membuat Pembelian Produk Shaklee Secara Online

Untuk sebarang kemusykilan dan pertanyaan. Sila hubungi saya untuk konsultasi premium: 

Kawasan COD: Bangi – Kajang – Serdang – Putrajaya

Call/Whatsapp/Sms : +6011-1569 0082

Daftar Ahli Untuk Harga Menarik

Facebook: Adilah Manaf

Gallery Vitamin Untuk Menambah Berat Badan

Pemberian Vitamin Menaikan Berat Badan Pada Hewan Ternak

Way Of Life Is Any Menambah Berat Badan

Suplemen Vitamin Penambah Berat Badan Honestdocs

Madu Gemuk Adalah Madu Yang Diformulasikan Untuk Menambah

Anak Sehat

10 Merk Vitamin Penambah Berat Badan Yang Bagus 2020

Jual Vitamin Penambah Berat Badan Anak Madu Antariksaa Blanja Com

Vitamin Penambah Berat Badan Anak Bayi Usia 11 Bulan

10 Merk Vitamin Penambah Berat Badan Anak Terbaik Terlaris

Wanita Ini Amal 5 Tip Tambah Berat Badan Lepas Sebulan

Obat Penambah Berat Badan Untuk Ibu Menyusui Suplemen

Uk 100ml Vitamin Anak Herbal Penambah Berat Badan Dan Nafsu

Gmp Kedokteran Hewan Unggas Menambah Berat Badan Nutrisi Vitamin C Injection Buy Suntikan Vitamin C Untuk Nutrisi Vitamin Unggas Menambah Berat

Vitamin Penambah Nafsu Makan Penambah Berat Badan Zinc Tiens Capsule

Vitamin Penambah Berat Badan Bayi 6 Bulan Madu Antariksa

Vitamin Penambah Berat Badan Instagram

10 Merk Vitamin Penambah Berat Badan Yang Bagus 2020

10 Merk Vitamin Penambah Berat Badan Yang Bagus 2020

Grosir Vitamin Penambah Berat Badan Alami Dan Nafsu Makan

9 Vitamin Penambah Berat Badan Terbaik Untuk Anak Dan Dewasa

Jual Vitamin Madu Penambah Berat Badan Gemuk Ibu Hamil Menyusui Kab Purworejo Ka Toko Tokopedia

Obat Gemuk Herba Obat Gemuk Badan Herbal 60 Kapsul Obat Gemuk Sehat Jamu Gemuk Sehat Suplemen Penambah Berat Badan Vitamin Penambah Berat Badan

Vitamin Penambah Berat Badan Suplemen Diet Skao Nasa

Obat Penggemuk Badan Anak Dewasa Penggemuk Berat Badan Penambah Berat Badan Penambah Nafsu Makan Obat Gemuk Suplemen Penambah Berat Badan


Belum ada Komentar untuk "Vitamin Untuk Menambah Berat Badan"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel