Tanda Tanda Bayi Akan Lahir
11 Ciri Ciri Mau Melahirkan Ibu Hamil Tua Wajib Tahu
13 Tanda Yang Anda Bakal Bersalin Dalam Masa Terdekat Ini!

Jangan bimbang lagi, semua bakal ibu baru! Kami di theAsianparent tahu keterujaan dan kebimbangan yang anda rasai sekarang. Sebab itu kami sediakan panduan tentang tanda tanda bersalin ini.
Berdebarnya menanti saat akan melahirkan anak. Akhirnya, selepas 9 bulan hamil, anda akan melahirkan anak sendiri!
Proses bersalin adalah proses yang panjang lagi meletihkan. Sebelum anda melalui proses ini, anda akan mengalami beberapa tanda tanda bersalin yang menunjukkan proses bersalin semakin dekat.
Walau bagaimanapun, tak semua bakal ibu baru akan mengalami semua tanda-tanda ini. Akan tetapi, jika anda tahu 13 tanda yang berikut, anda boleh mempersiapkan diri untuk menghadapi proses bersalin!
13 tanda tanda bersalin – ibu jom bersiap sedia!
Jom semak apakah 13 tanda-tanda yang proses bersalin semakin dekat!
Tanda tanda nak bersalin #1 Rasa kandungan seperti “menurun” ke bawah
Dalam minggu-minggu terakhir sebelum proses bersalin semakin dekat, anda akan mengalami situasi di mana kandungan seakan bergerak “menurun” ke bahagian bawah perut anda.
Sesetengah ibu hamil akan mengalami tanda ini sama ada dalam tempoh 4 minggu atau 2 minggu sebelum bersalin.
Buat wanita yang pernah bersalin sebelum ini, anda tak akan merasai kandungan seperti “menurun” kerana otot pelvis anda sudah merenggang.
Akan tetapi, kepala bayi memang akan semakin menghampiri pintu pelvis anda.
Tanda tanda nak bersalin #2 Menggigil seluruh badan
Biasanya, anda mungkin akan menggigil pada waktu malam, walaupun ketika tidak sejuk. Sebenarnya, itu tanda badan sedang melepaskan tekanan.
Mungkin anda terlalu nervous menunggu tarikh due date. Jika ingin mengatasi keresahan itu, cuba lakukan senaman mudah untuk ibu mengandung ini.
Pasti anda akan kembali tenang.
Tanda tanda bersalin #3 Asyik rasa nak kencing
Rasa nak kencing semakin meningkat. Ia disebabkan oleh kedudukan kepala bayi yang semakin hampir dengan tulang pinggul dan pundi kencing anda.
Maka, anda akan semakin kerap ke bilik air.
Tanda tanda nak bersalin #4 Sakit belakang
Anda akan merasai kesakitan di bahagian punggung, perut dan bahagian belakang badan.
Hal ini sebab bayi yang bakal dilahirkan semakin berat dan “menurun” semakin rendah ke pintu pelvik. Lalu, rahim dan legimen pelvis semakin merenggang.
Tanda tanda bersalin #5 Sukar untuk tidur
Dengan segala kesakitan, kegelisahan dan keterujaan yang anda rasai kini, pasti sukar untuk tidur, kan?
Tanda tanda nak bersalin #6 Kontraksi Braxton-Hicks yang menyakitkan
Salah satu tanda tanda bersalin yang paling biasa dialami ibu-ibu hamil adalah rasa kesakitan melampau akibat Braxton-Hicks.
Braxton-Hicks sering dipanggil sebagai “kontraksi palsu“. Ia rasa kesakitan di bahagian perut dan pinggul akibat pengecutan perut.
Sekejap ia datang, sekejap ia pergi dengan sendiri. Walaupun kesakitannya tak sama seperti kontraksi betul ketika bersalin, tapi kontraksi ini boleh berlangsung sehingga 120 saat!
Jika anda ingin meredakan kesakitan, cuba ubah posisi duduk atau mula berjalan.
Tanda tanda nak bersalin #7 Berat badan anda menurun
Perasan tak yang berat badan anda sedikit menurun pada trimester ketiga? Itu sebenarnya tanda tanda nak bersalin juga!
Berat badan mampu mempengaruhi hormon anda.
Tanda tanda bersalin #8 Loya dan cirit-birit
Hormon kelahiran akan mengakibatkan anda rasa tidak selesa di bahagian perut. Ada beberapa sebab mengapa perut anda seolah-olah “meragam” dengan teruk.
Antara sebabnya adalah kerana badan ingin mengosongkan usus dan memberi ruang kepada bayi.
Oleh itu, anda akan mengalami cirit-birit atau loya kerana bahagian bawah abdomen (bahagian usus) mula “bekerja”.
Tanda tanda nak bersalin #9 Keluar lendir dari vagina
Anda mungkin akan perasan ada lendir berwarna putih dan merah jambu (beserta telur) yang semakin banyak keluar daripada vagina.
Lendiran ini mungkin berbeza daripada lendiran darah. Ini merupakan salah satu tanda-tanda nak bersalin.
Tanda tanda bersalin #10 Lendiran darah
Ketika hamil, bahagian servik anda dilindungi oleh lendiran yang takkan mengalir.
Akan tetapi, apabila proses bersalin semakin dekat, bayi semakin menghampiri “pintu” pelvik dan kontraksi mengakibatkan lendiran yang “terkunci” ini terbuka.
Oleh itu, anda akan melihat banyak lendiran bercampur darah keluar dari vagina. Jika lendiran bercampur darah ini semakin banyak, seolah-olah anda datang haid – hubungi doktor dengan segera!
Namun, jangan mudah panik. Kadang-kadang, lendiran darah juga boleh diakibatkan oleh hubungan seks ketika hamil atau sebab pemeriksaan vagina.
Tanda nak bersalin #11 Pintu rahim semakin mengembang dan terbuka
Pintu rahim (atau serviks) akan semakin menipis dan terbuka untuk memberi laluan kepada bayi keluar. Ia satu persediaan oleh badan untuk kelahiran.
Tapi, pintu rahim yang semakin mengembang dan terbuka bukan bermaksud anda terus akan bersalin, ya! Doktor akan periksa dulu berapa saiz pembukaan pintu rahim.
Jika pembukaan sudah sepenuhnya, barulah anda boleh bersalin.
Tanda tanda nak bersalin #12 Badan rasa letih & perlu rehat
Ibu akan mudah berasa penat ketika dalam minggu-minggu terakhir kehamilan. Kepenatan itu termasuklah:
- susah nak bergerak
- tak lalu makan, atau susah tidur
Amalkan madu untuk membekalkan tenaga pada anda.
Tanda tanda bersalin #13 Air ketuban pecah
Ini tanda yang paling umum. Ada wanita yang mengalami kontraksi teruk sebelum air ketuban pecah. Ada wanita pula sebaliknya!
Air ketuban pecah dulu sebelum kesakitan kontraksi menerjah. Agak bahaya jika air ketuban sudah pecah, tapi anda tak mengalami sebarang kontraksi.
Cepat-cepatlah ke hospital ya, jika air ketuban anda itu sudah pecah!
Apa harus anda buat jika ada tanda tanda nak bersalin ini?
Segera ke hospital!
Untuk tak mahu kelam-kabut dan panik ketika saat-saat genting ini, anda digalakkan menyimpan semua kelengkapan diri dalam satu beg dan tinggalkan ia dalam kereta.
Senang, nanti tak ada benda yang terlupa!
Apa?!! Beg belum kemas? Baik anda semak senarai ini, takut terlupa apa-apa barang!
Semoga semuanya berjalan lancar untuk anda, wahai bakal ibu-ibu baru. Selamat menjalani fasa hidup sebagai seorang ibu!
Sumber rujukan: Ask Dr Sears
Masuk 37 minggu, Braxton Hicks makin kuat, adakah itu tanda nak bersalin?
Baca juga:
Lepas bersalin, hilangnya dosa ibu tersebut seperti sesuci bayi – ini buktinya!
Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!
Gallery Tanda Tanda Bayi Akan Lahir
Setelah Melewati Masa Kehamilan Kini Tibalah Saatnya Anda
Kenali 7 Tanda Mau Melahirkan Anak Pertama Honestdocs
8 Tanda Melahirkan Sudah Dekat Halaman All Kompasiana Com
Bayi Jatuh Dan Terbentur Ini 8 Tanda Harus Segera Dibawa Ke
Tanda Tanda Bayi Anda Akan Lahir Junirianti
Tak Perlu Buru Buru Caesar Begini Cara Membujuk Bayi
Tanda Tanda Bayi Lahir Dengan Penyakit Jantung Bawaan
Beberapa Macam Posisi Bayi Di Dalam Kandungan Insomniaku
Tanda Bayi Akan Lahir Dalam Waktu Dekat Bisa Dilhat Dari 5
Asuhan Kebidanan Lengkap Dan Terpercaya Tanda Tanda Bayi
Tanda Tanda Hamil Anak Laki Laki Dan Anak Perempuan Serta
Tanda Tanda Mau Melahirkan Bayi Laki Laki Ruliretno Com
Tiga Mitos Kelahiran Bayi Dan Kebenarannya Bbc News Indonesia
11 Tanda Dan Gejala Anda Hamil Anak Kembar Apa Saja
Kapan Kepala Janin Harus Sudah Masuk Panggul Dokter Sehat
Anak Kembar Lahir Prematur Apakah Selalu Demikian
Begini Gerakan Janin Yang Normal Di Bulan Bulan Terakhir
Tanda Tanda Anda Akan Melahirkan Prematur Hello Sehat
Bunda Ketahuilah Tanda Tanda Melahirkan Sudah Dekat
5 Tanda Bahwa Anda Akan Segera Melahirkan Parenting Fimela Com
Tanda Tanda Akan Melahirkan Bidanku Com
Ini Tanda Tanda Bayi Kelelahan Dan Cara Mengatasinya
Ini 7 Tanda Tanda Melahirkan Papa Jangan Lupa Siapkan
5 Tanda Tanda Mau Melahirkan Selain Kontraksi Kenali Ini
Belum ada Komentar untuk "Tanda Tanda Bayi Akan Lahir"
Posting Komentar