Tanda Bayi Kuning Yang Normal



Ciri Bayi Yang Menderita Gangguan Tiroid Health Liputan6 Com

Kekuningan Pada Bayi: Normal atau Bahaya? | Dr Zubaidi Hj Ahmad Menulis

Kekuningan pada bayi menjadi kebimbangan kepada ibubapa yang baru mendapat cahayamata. Mungkin disebabkan tiada pengetahuan dan pengalaman menyebabkan mereka segera membawa anak mereka ke klinik.

Kadang-kala saya rasa kasihan melihat anak yang berusia beberapa hari telah diusung ke klinik. Selalunya saya akan beri keutamaan kepada bayi.

Saya tidak pasti sama ada penerangan telah diberikan oleh para jururawat sebelum anak mereka dibenar keluar dari hospital. Mungkin Kementerian Kesihatan harus memastikan para ibu menghadiri kelas selama sejam sebelum dibenarkan pulang agar dapat diterangkan perkara-perkara yang perlu mereka tahu mengenai bayi mereka.

Saya masih teringat seorang nenek membawa cucunya yang kekuningan ke klinik dengan ditemani oleh anak lelakinya.

”Cucu saya kekuningan, bahaya ke doktor?” tanya seorang nenek selepas meletak cucunya di atas katil pemeriksaan.

Kekuningan atau istilah perubatannya ”jaundice”  adalah keadaan di mana kulit dan mata bayi menjadi kuning. Ia biasa berlaku pada bayi yang baru lahir , dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan mencapai kemuncak selepas empat hari dan akan hilang selepas dua minggu. Jaundice tidak bermakna bayi kita sakit.

Kekuningan biasanya dikesan dengan menekan hujung kuku kita dengan lembut pada kulit bayi. Kekuningan juga lebih mudah dikesan pada putih mata (sclera), muka sehingga ke dada.

Berapa hari umur bayi ini?” tanya saya.

Baru lima hari doktor, itu yang saya risaukan. Dah dua hari dia ada kekuningan ini. Saya jadi risau

Makcik, jangan risau kerana kekuningan ini normal pada bayi yang baru lahir kecualilah ada tanda-tanda dia keletihan, tidak mahu menyusu atau ada demam

Saya mengulagi lagi, ”Ia biasa berlaku pada bayi yang baru lahir , dua atau tiga hari selepas lahir. Ia akan hilang selepas dua minggu”

Bagi saya, kekuningan yang perlu dirisaukan ialah jika ia berlaku dalam masa dua puluh empat jam selepas kelahiran. Atau mungkin semenjak lahir. Ini menandakan organ hati (liver) bayi itu mempunyai masalah, sama ada jangkitan kuman atau masalah kecacatan sejak lahir (congenital defect).

Masalah kekuningan ini juga menjadi serius jika kekuningan itu terlalu kuat, iaitu bukan kekuningan yang biasa. Maksudnya bayi itu seolah-olah telah disapu dengan kunyit. Ia adalah sesuatu yang serius dan perlu berbincang dengan neonatologist atau paediatrician.

Doktor, apa sebab kekuningan ini? Saya dengar kalau masa hamil mengamalkan banyak herba, akan mengurangkan kekuningan”

Herba? Lagi-lagi herba. Kalau betul tidak apa, ini semua petua herba itu diambil dari majalah dan sumber internet yang boleh diragui kesahihnya.

Kemudian disampaikan dari mulut ke mulur, dari fb ke fb dari laman blog ke laman blog. Copy and paste. Siapa mahu bertanggungjawab jika apa-apa berlaku kepada ibu yang hamil. Saya sudah jumpa banyak kes kesilapan fakta dalam internet.

Kekuningan sebenarnya bukan penyakit misteri. Ia adalah fenomena normal apabila darah pada bayi menjadi rosak dan pecah dan dicernakan oleh organ hati. Pencernaan dan penguraian komponen dalam darah ini akan menghasilkan bilirubin.

Biasanya semua bilirubin dapat dibuangkan melalui najis. Tetapi apabila terlalu banyak darah yang rosak dan pecah serta diuraikan secara serentak dalam satu masa, tahap bilirubin dalam darah akan meningkat dalam darah. Peningkatan bilirubin inilah yang dapat dikesan melalui kekuningan pada tubuh bayi.

Ini penjelasan ringkas bagi orang awam agar memahami bahawa kekuningan adalah sesuatu yang normal. Ia bukanlah suatu fenomena yang luarbiasa. Sebenarnya penjelasan bagaimana pembentukan bilirubin dalam darah dan bagaimana ianya diuraikan amat panjang dan rumit, tidak perlulah saya cuba terangkan secara perinci.

Kalau macam tu, kenapa misi yang datang rumah menyuruh saya bawa anak saya ni jumpa doktor. Dia marah-marah dan kata ini bahaya” terang nenek itu cuba menjustifikasikan kehadirannya ke klinik.

Apa yang dilakukan oleh jururawat itu betul. Pengetahuannya mungkin tidak mencukupi dan haruslah dirujukkan ke orang yang lebih tahu, iaitu doktor. Dia tidak bersalah. Mungkin jururawat itu marah-marah apabila pesakit mereka seperti tidak serius dengan keadaan itu.

Doktor, saya nak tanya, kalau kekuningan ini tak serius, mengapa anak rakan saya masuk ICU beberapa bulan dan keluar dari hospital dengan kecacatan otak yang kekal?”

Saya bersetuju jika mereka mahukan pemeriksaan lanjut ke atas bayi mereka. Saya mengarahkannya melakukan pemeriksaan darah bayi itu untuk melihat tahap bilirubin. Darah itu diambil pada tumit kaki dengan mengambil sedikit titisan darah dari situ.

Pada kebiasaannya tahap bilirubin yang mencapai lebih 85 umol/l (5 mg/dL) akan menunjukkan tanda-tanda kekuningan. Bayi ini hanya mempunyai 100 umol/l saja. Lebih sedikit dari biasa dan masih dalam kawalan.

Jadi tiada apa yang perlu dilakukan pada bayi itu. Tiada ubat yang harus diberikan. Nasihat saya jika ia masih tidak berkurangan dalam masa seminggu atau kekuningannya bertambah, boleh datang semula. Saya percaya kekuningan itu akan hilang sendiri.

Kebanyakan bayi tidak memerlukan rawatan khusus. Namun ada yang memerlukan rawatan jika tahap bilirubin yang tinggi.

Rawatan yang biasa diberikan ialah rawatan fototerapi jika  tahap bilirubin melebihi 359 umol/l (21 mg/dL). Rawatan ini akan membantu bilirubin ditukarkan kepada biliverdin yang lebih ‘mesra tubuh’ dan mudah dikumuhkan. Rawatan ini harus diberikan selama 48 jam. Menggalakkan bayi menyusu juga akan menyebabkan bilirubin dikumuhkan ke dalam najis.

Jika rawatan fototerapi gagal, rawatan yang lebih agresif perlu dilakukan iaitu rawatan “exchange transfusions”. Ia adalah pemindahan darah dari bayi dan digantikan dengan darah yang lain. Ini hanya dilakukan jika tahap bilirubin melebihi 428 umol/l (25 mg/dL).

Kesian dia, doktor. Kecil-kecil lagi sudah disuntik dan dimasukkan darah

Saya diam. Memanglah kasihan, tetapi saya pernah mendapat kes yang lebih berat daripada ini, di mana seorang bayi terpaksa dirawat selama 3 bulan di ICU akibat komplikasi tahap kandungan bilirubin terlalu tinggi.

Apabila tahap bilirubin terlalu tinggi buat masa yang lama, keadaan ini boleh menyebabkan kerosakan otak. Kerosakan otak ini dinamakan kernicterus. Antara kerosakan otak ialah demam dan sawan. Akhirnya apabila bayi itu membesar, dia akan menghadapi kerosakan otak dan gangguan pendengaran.

Wallahuálam

Susunan: Dr Zubaidi Hj Ahmad (040311)[subscribe2]

Related

Gallery Tanda Bayi Kuning Yang Normal

Ciri Ciri Penyakit Kuning Pada Bayi Baru Lahir Kumparan Com

Yuk Deteksi Dini Gangguan Fungsi Hati Pada Bayi Berbagi

Mengenali Bayi Kuning Dan Penanganannya

Ciri Ciri Penyakit Kuning Pada Bayi Dan Anak Yang Harus

12 Tanda Kemungkinan Penyakit Jantung Ciputra Hospital

Ikterus Neonatorum Gejala Diagnosis Pengobatan

Inilah Penyebab Kuning Pada Bayi Baru Lahir Emaksuper Com

Ketahui Perbedaan Muntah Yang Normal Dan Tidak Normal Pada

Hai Orang Tua Ini Artinya Jika Kadar Bilirubin Bayi Baru

Tanda Ciri Bayi Cukup Asi

Telapak Kaki Dan Tangan Anak Anda Menguning Ini Penyebabnya

Bayi Kuning Normal Berapa Lama

Ibupedia Penyakit Kuning Itu Umum Banget Terjadipada

Info Penting Tentang Bayi Kuning Tetap Harus Dipantau Meski

4 Tanda Bayi Dapat Cukup Susu Ibu Nuhababy

Penyakit Kuning Pada Bayi Penyebab Ciri Bahaya Dan Cara

Ikterus Neonatorum Ikterus Neonatorum Adalah Gejala

Berbahayakah Kulit Bayi Menjadi Kuning Karena Kebanyakan Wortel

Normalkah Bab Cair Pada Bayi Ini Faktanya

14 Fakta Mengenai Sakit Kuning Atau Jaudince Pada Bayi

16 Bahaya Bayi Kuning Saat Baru Lahir Hamil Co Id

Perawatan Bayi Dengan Masalah Kuning Setelah Lahir Halaman

Perubahan Pup Feses Kotoran Yang Normal Pada Bayi Mpasi

Mengenali Bayi Kuning Dan Penanganannya

Berapa Lama Penyakit Kuning Pada Bayi Bisa Sembuh Info

Bayi Kuning Atau Jaundice Jangan Cemas Ya

Cara Ampuh Mengatasi Hb Rendah Pada Bayi Kumparan Com


Belum ada Komentar untuk "Tanda Bayi Kuning Yang Normal"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel