Makanan Yang Di Larang Untuk Ibu Hamil



Panduan Lengkap Untuk Ibu Hamil Makanan Yang Dilarang Untuk

Ibu hamil jangan ambil 7 makanan ini, ia MEMUDARATKAN bayi anda...

“Tolong ibu, jangan ambil makanan dilarang ketika hamil ini, ia tak bagus untuk saya,”

Bagaimana kalau anda mendengar rintihan bayi dalam perut? Terutama bila anda ingin menyuap makanan yang tak sihat ke dalam mulut. Seram juga, kan?

Ha.. oleh itu, ibu mengandung sekalian, sila batasi cara makan anda supaya bayi dalam kandungan mendapat nutrisi yang baik dan sewajarnya. Anak pun nanti lahir sihat, sempurna dan cergas. 

Sebelum ini kami ada berkongsi berkaitan buah yang tak boleh dimakan, dan entri kali ini kami ingin berkongsi pula makanan dilarang ketika hamil.

Yalah, bila dah mengandung, selera makan bagai dipukau pula dengan bermacam menu seharian. Tapi awas mommy tak semua anda boleh makan.

Nak makan tu boleh tapi ingatlah sikit, bayi dalam kandungan memerlukan makanan yang sedap, banyak vitamin baik dan bernutrisi tinggi. 

Ibu mengandung, jauhi 7 makanan dilarang ketika hamil ini

Makanan dilarang ketika hamil – 1) Makanan mentah atau separuh masak 

Apa makanan mentah? Ia ialah susu mentah, daging mentah, telur mentah, sushi, makanan yang diproses dan segala macam yang mentah.

Ibu mengandung jangan sesekali makan makanan dilarang ketika hamil ini.

Kenapa tak boleh? Sebabnya, makanan mentah dan separuh masak ini berbahaya dan boleh menyebabkan jangkitan kuman. Malah terdapat parasit dalam daging mentah yang boleh merebak pada tubuh ibu lantas menyebabkan jangkitan intra-urine yang serius pada bayi. 

Sushi juga merupakan makanan mentah yang tak dimasak. Ia boleh mengakibatkan kelembapan dan kerosakan otak pada janin. Bahkan, parasit ini juga boleh didapati dalam sayuran yang tak basuh dengan betul. 

Makanan dilarang ketika hamil – 2) Minuman berkafein

Ini khusus buat peminat tegar kafein seperti nescafe, kopi, susu coklat dan lain-lain. Pendek kata, kalau tak dapat sehari rasa nak menggelupur satu badan.

Tapi tolonglah sikit, masa mengandung had kan pengambilan kafein ini kerana ia dikaitkan dengan perkembangan bayi yang tak normal. Bahkan, ia juga menyebabkan berat bayi kurang semasa dilahirkan dan kalsium ibu berkurangan. 

Makanan dilarang ketika hamil – 3) Pil dan ubat-ubatan

Mesti ada ibu yang ragu-ragu sama ada ubat boleh diambil atau tidak semasa mengandung, kan? Mengikut pengalaman saya, doktor akan menasihatkan ibu mengandung sekiranya ubat yang dimakan tidak sesuai ketika hamil dan perlu dihentikan.

Ini senarai lengkap ubat apa yang boleh diambil oleh ibu mengandung.

Doktor akan gantikan  ubat yang lebih sesuai. Sebab itu jika demam, farmasi akan bertanya dahulu sama ada anda mengandung atau tidak. Walau apapun dapatkan nasihat doktor terlebih dahulu. Ok? 

Makanan dilarang ketika hamil – 4) Minuman alkohol 

Minuman beralkohol memang dilarang bagi umat Islam apatah lagi diambil ketika ibu mengandung. Ia mendatangkan risiko pada bayi iaitu mengundang kecacatan fizikal dan mental.

Air masak kan ada, kalau nak lagi best minum susu rendah lemak…hmm sedapnya.

Makanan dilarang ketika hamil – 5) Makanan dan minuman yang tinggi gula

Ha…ini yang paling serius kerana bila kita mengandung akan ada kencing manis dan darah tinggi datang tiba-tiba. Untuk itu, ibu dilarang ambil makanan dan minuman yang mengandungi gula tinggi.

Sebab apa?  Ibu akan alami komplikasi bayi lahir besar. Justeru, jika nak bancuh air di rumah, sila sukat penggunaan gula seperti satu sudu besar sudah mencukupi untuk rasa kemanisan. 

Ulam- ulaman memang makanan yang disarankan untuk merawat pelbagai penyakit. Namun begitu, ia tidak bagus untuk ibu mengandung kerana biasanya ia dimakan tanpa dimasak dahulu.

Kita bimbang sekiranya terdapat racun atau parasit di dalamnya yang boleh mendatangkan bahaya pada bayi anda. Walau apapun, ia boleh tukar pada sayuran lain yang lebih sihat. 

Makanan dilarang ketika hamil – 7) Makanan laut yang tinggi merkuri 

Antara makanan laut yang tinggi merkuri adalah seperti tuna dan ikan-ikan besar. Kenapa tak boleh?

Sebabnya ikan jenis ini mengandungi merkuri tinggi lantas menyebabkan kerosakan saraf pada bayi. Jadi, ibu perlu lebih berhati-hati.

Sumber rujukan: Siraplimau

Peringatan: Anda tidak dibenarkan menyiar artikel ini di mana-mana laman web atau status Facebook yang lain, tanpa pemberian kredit dan pautan yang tepat lagi berfungsi pada artikel asal di laman theAsianparent Malaysia

Ada isu keibubapaan yang buat anda risau? Jom baca artikel atau tanya dan dapat terus jawapan dalam app theAsianparent kami! Download theAsianparent Community di iOS dan Android sekarang!

Gallery Makanan Yang Di Larang Untuk Ibu Hamil

Pantangan Makanan Untuk Ibu Hamil Mitos Atau Fakta

Kel 4 Gizi Ibu Hamil

Buah Yang Berbahaya Untuk Ibu Hamil Hindari 5 Buah Ini

Makanan Berbahaya Bagi Ibu Hamil Dan Janin Ibu Hamil Wajib Tau Emasuperr

Ibu Hamil Dilarang Makan Mie Instan Ini Alasannya Page 1 Of

Ini 10 Buah Yang Baik Untuk Ibu Hamil Serta Yang Harus

7 Makanan Yang Wajib Dikonsumsi Ibu Hamil Janin Jadi Sehat

Pantangan Hamil Muda Popmama Com

Ini Dia 11 Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Hindari Ya

Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Qowarira

Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Dokter Sehat

9 Makanan Yang Dilarang Untuk Ibu Hamil Sayabunda

Makanan Yang Dilarang Saat Hamil Muda Tips Kehamilan

Ibu Hamil Dilarang Makan Ini Kenapa Malangvoice

7 Jenis Makanan Yang Dilarang Saat Hamil Ini Perlu Anda Ketahui

7 Manfaat Makan Semangka Untuk Ibu Hamil Popmama Com

15 Buah Untuk Ibu Hamil Agar Bayi Sehat Tokopedia Blog

20 Pantangan Ibu Hamil Ini Bikin Anda Bingung Bedakan Mitos

Banyak Larangan Saat Hamil Muda Dan Ini 10 Diantaranya Yang

Walau Favorit Ternyata 8 Makanan Ini Dilarang Untuk Ibu

10 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Muda Youtube

Makanan Yang Dilarang Konsumsi Saat Hamil Mitos Atau Fakta

Catat 6 Makanan Ini Sebaiknya Tidak Di Konsumsi Oleh Ibu Hamil

10 Makanan Yang Tidak Boleh Dimakan Ibu Hamil Dokter Sehat

Ibu Hamil Hindari 7 Makanan Ini Agar Tak Keguguran Health

Makanan Sehat Ibu Hamil Youtube


Belum ada Komentar untuk "Makanan Yang Di Larang Untuk Ibu Hamil"

Posting Komentar

Iklan Atas Artikel

Iklan Tengah Artikel 1

Iklan Tengah Artikel 2

Iklan Bawah Artikel