Cara Menghilangkan Milia Dibawah Mata
Khasiat Walatra Gamat Emas Kapsul Cara Menghilangkan Milia
Cara menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata dalam 2 hari

1. Tomato
Tomato adalah satu bahan yang sangat bagus untuk menyingkirkan lingkaran gelap kerana kandungan semulajadinya yang kaya dengan pelbagai vitamin mampu mengurangkan lingkaran gelap di samping menjadikan kulit anda lembut dan sihat. Apa yang perlu anda lakukan adalah, campurkan sedikit jus tomato bersama 1 sudu teh jus lemon. Kemudian sapukan campuran itu di keliling mata anda dan biarkan selama 10 minit ataupun sehingga kering. Setelah itu, bilas dengan air. Lakukan rawatan ini sekurang-kurangnya seminggu dua kali. Anda boleh juga mengamalkan minum jus tomato bersama sedikit perahan lemon yang ditambah dengan daun pudina untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata.2. Jus kentang
Ambil sebiji kentang dan sagat sehingga mengeluarkan jus. Masukkan kentang yang sudah menjadi halus tadi ke dalam air. Ambil bebola kapas dan celupkan di dalam larutan bercampur kentang tadi. Tutup mata anda dan letakkan bebola kapas yang telah dicelupkan dengan larutan kentang tadi di atas kelopak mata anda. Pastikan bebola kapas Ini melitupi semua permukaan yang mempunyai masalah lingkaran hitam tersebut. Biarkan selama 10 minit dan bilas sehingga bersih dengan menggunakan air sejuk.3. Uncang teh sejuk
Terdapat cara yang lebih mudah untuk menghapuskan lingkaran gelap bawah mata iaitu dengan menggunakan uncang teh yang telah digunakan. Uncang teh yang telah digunakan janganlah dibuang sebaliknya ambil dan letakkan di kelopak mata anda untuk merawat lingkaran gelap di bawah mata. Ia adalah lebih baik jika uncang teh tersebut adalah uncang teh hijau ataupun yang mengandungi chamomile kerana khasiatnya yang sangat baik dapat menyerap ke dalam mata dan memberi khasiat kepada kulit di sekeliling mata anda sekaligus mengembalikan kesegaran mata anda. Sebelum menggunakannya pastikan anda meletakkannya di dalam peti sejuk seketika dan kemudian barulah letakkan di kelopak mata. Cara ini boleh diaplikasikan setiap hari untuk mendapat kesan yang memberangsangkan.4. Minyak badam
Kacang badam terkenal dengan khasiatnya yang kaya dengan vitamin E dan menyumbang kepada penghasilan kulit yang lembut. Minyak yang berasaskan sumber semulajadi ini adalah selamat digunakan dan tidak memberikan kesan sampingan. Anda hanya perlu menyapukan sedikit minyak badam ini di sekeliling mata anda pada waktu malam sebelum tidur dan lakukan urutan lembut di sekeliling mata. Biarkan ia sepanjang malam dan cuci selepas bangun tidur.5. Susu sejuk atau air sejuk
Penggunaan susu sejuk ataupun air sejuk mampu mengurangkan lingkaran gelap di bawah mata dengan sangat efektif sambil melegakan mata dan kulit anda. Caranya cukup mudah. Ambil bebola kapas dan rendamkan seketika di dalam susu yang sejuk ataupun air sejuk seketika. Kemudian, letakkan kapas yang telah direndam tadi di kelopak mata anda sehingga menutupi semua permukaan yang mempunyai lingkaran gelap. Biarkan seketika dan kemudian cuci sehingga bersih. Rawatan ini boleh dilakukan sekerap yang mungkin untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.6. Jus oren
Jus oren bukan sahaja sedap diminum tetapi mempunyai manfaat lain iaitu mampu menghapuskan lingkaran gelap di bawah mata anda. Caranya adalah dengan mencampurkan sedikit jus oren bersama glycerin. Sapukan campuran ini di sekeliling mata anda dan biarkan seketika sebelum dicuci dengan air yang bersih. Ia bukan sahaja mampu merawat lingkaran gelap di bawah mata anda malah membuat mata anda kembali bersinar secara semulajadi.7. Yoga/ Meditasi
Penghasilan lingkaran gelap di bawah mata bukan sahaja disebabkan kurang tidur malahan ianya berpunca dari pelbagai faktor seperti stress, depresi dan cara hidup yang tidak sihat. Tiada satupun rawatan yang benar-benar berkesan jika minda anda sentiasa berada dalam tekanan dan tidak tenang. Melakukan yoga dan meditasi sekerap yang mungkin bukan sahaja mampu menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata malahan dapat menenangkan minda, badan dan jiwa anda. Ia juga mampu mengembalikan keserian wajah anda secara semulajadi.8. Timun
Seringkali kita melihat pakar perawatan wajah meletakkan hirisan timun di bahagian mata ketika melakukan rawatan wajah Tetapi seberapa kerap kita mengambil peduli perkara ini dan melakukannya di rumah? Seringkali kita mengabaikan cara yang mudah dan selamat ini sebaliknya sibuk mencari pelbagai produk yang mahal di pasaran yang menjanjikan keberkesanan yang belum tentu. Cara yang paling mudah untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata adalah menggunakan berapa hirisan timun yang diletakkan di kelopak. Pastikan hirisan timun ini dibiarkan selama 30 minit di dalam peti sejuk sebelum diaplikasikan ke mata anda. Selepas 30 minit dibiarkan di dalam peti sejuk, letakkan di kelopal mata anda dan biarkan selama 10- 15 minit. Setelah itu, timun itu bolehlah dibuang dan cuci mata anda dengan air yang bersih. Anda dapat merasakan kesegaran mata anda serta merta selepas menggunakan hirisan timun tersebut.9. Daun pudina
Pudina adalah sangat signifikan dengan fungsi ini yang memberi kesegaran. Tetapi bukan itu sahaja, daun pudina juga mampu menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata. Caranya adalah dengan menumbuk daun pudina bersama sedikit air sehingga menghasilkan campuran separa pepejal. Sapukan campuran daun pudina tadi di sekeliling mata. Biarkan selama 10 minit dan kemudian cuci dengan air bersih. Lakukan rawatan ini setiap malam sebelum tidur dan anda pasti akan terkejut dengan keberkesanannya yang amat menakjubkan.10. Air mawar
Air mawar dikenali kerana kemampuannya meremajakan kulit dan digunakan secara meluas dalam rawatan kecantikan. Ia juga sangat berkesan untuk menghilangkan lingkaran gelap di bawah mata dengan sangat pantas. Caranya adalah dengan merendamkan bebola kapas di dalam air mawar dan kemudian letakkan ia di permukaan kelopak mata anda sehingga melitupi lingkaran gelap di mata anda. Biarkan selama 15 minit dan kemudian cuci dengan air sejuk. Ulangi Langkah ini setiap malam selama sebulan untuk mendapatkan hasil yang sangat memuaskan.Selamat mencuba!— EdisiRakyat.com, 5 October 2017
Gallery Cara Menghilangkan Milia Dibawah Mata
Penyebab Dan Cara Menghilangkan Bintik Bintik Kecil Di Wajah
Syringoma Instagram Photo And Video On Instagram
5 Cara Menghilangkan Milia Si Bintik Putih Di Bawah Mata
Penyakit Milia Penyebab Tanda Tanda Dan Cara Menghilangkannya
Yaya Ar Twitter Menghilangkan Milia Dengan Satu Produk
Tips List Produk Hilangkan Bintik Putih Milia Seed Pada
Cara Menghilangkan Milia Jerawat Batu Mencerahkan Kantung Mata Avoskin Intensive Eye Cream
5 Kunci Menghilangkan Milia Bintik Bintik Kecil Putih Di Kulit
Jangan Panik Begini Cara Mengatasi Milia Neudaily Com
5 Cara Menghilangkan Bercak Putih Di Wajah Dokter Sehat
Serumwajahampuh Instagram Posts Gramha Net
Tips Mengatasi Dan Mencegah Milia Ala Youtuber Korea Ghotamista
Tips Copas Cara Menghilangkan Milia Distributor Resmi
Obat Alami Untuk Menghilangkan Milia
Tiga Bahan Alami Ini Bisa Membantu Menghilangkan Milia Di
4 Cara Untuk Menghilangkan Milia Wikihow
Penyakit Milia Obat Gejala Dll Hello Sehat
Kenali Milia Benjolan Kecil Berwarna Putih Di Mata
Cara Alami Menghilangkan Kerutan Di Bawah Mata Honestdocs
Cara Menghilangkan Milia Yang Sudah Bertahun Tahun Secara Alami
Aisyah Bramantya1 Wulandari Nasa Cara
5 Fakta Soal Milia Benjolan Kecil Di Area Mata
5 Cara Menghilangkan Bintik Susu Atau Milia Alami Tanpa
Beruntusan Di Bawah Mata Emang Ganggu Banget Begini Cara
Hilangkan Mata Panda Dengan Cara Natural Ini Fashion
Mengenal Milia Bintik Bintik Putih Kecil Di Wajah Yang
Cara Menghilangkan Milia Bintik Susu Di Wajah Bisa Hilang
Cara Menghilangkan Milia Dibawah Mata Informasi Dunia
Belum ada Komentar untuk "Cara Menghilangkan Milia Dibawah Mata"
Posting Komentar